Syarikat kami adalah 100% milik bumiputra, mempunyai lebih 27 tahun pengalaman dibidang kerja-kerja pemasangan, membaiki, servis Air-Cond dirumah, pejabat, sekolah, kolej, masjid, kilang dll. serta membaiki sistem elektrik seperti; Fuse-TNB, ELCB, Socket Plug, Wiring, Lampu dan Kipas.
- Caj perkhidmatan kami hanya serendah RM35/- untuk menghadiri setiap panggilan (breakdown call) dan membuat pemeriksaan kerosakan (trouble-shooting tanpa tukaran alatganti/servis) Tiada caj perkhidmatan akan dikenakan kepada pelanggan-pelanggan yang telah mempunyai kontrak senggaraan tahunan dengan syarikat kami. (Routine Service and Check-Up Contract)
Kami beroperasi disekitar; B.B. Salak Tinggi, Sepang dan Nilai dengan caj perkhidmatan seperti diatas, untuk lokasi yang lebih jauh, boleh juga dipertimbangkan jika pihak pelanggan bersetuju memberikan tambahan harga upah perkhidmatan dengan sewajarnya.
- Semua kerja baikpulih yang perlu dilakukan akan diberikan sebutharga terlebih dahulu setelah proses pemeriksaan dan pengesahan kerosakan dilakukan, jika ianya dipersetujui, barulah kami melaksanakannya, jika tidak, cuma caj perkhidmatan sahaja perlu anda bayar, tiada lagi risiko diluar bajet anda untuk kerja-kerja baikpulih dan penyelenggaran.
Untuk tempahan perkhidmatan atau pun pertanyaan, sila Email dan SMS kepada Pengurus.